>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Showing posts with label KONGSI. Show all posts
Showing posts with label KONGSI. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

CNY at Shah Alam

esok dh start cuti CNY..so cuti sakan la mana yg apply cuti ari ahad ni...(opsss..bg yg keje sama cm kelantan la ekk..)
so mama sah la apply cuti ari ahad 2...smbg ag 2hr utk rabu n khamis...wah...satu minggu 2 cuti mmg sakan la berjalan..tp yg xbestnya mama dh book tiket balik ari senin...so ingt mlm ni nk tmbh tukar la ari selasa or rabu...sbb duk sana mls nk nyusah kt org duk numpang umah...g ni pn mama nginap kt hotel 1malaysia..murah la ckit..2 pn pokai sebelah tgn...huhuhu...

so mama akan bertolak ke sana mlm ni la yekk teman2...doakan mama n raisya slmt smpai ke pangkuan papa nun di s.alam...huhuhuhu...


okla all..bye...wish me happy holiday yekkk

sory lama xtempek pict diri sndiri...huhu...ada perubahan xmama dlu n xsekarang?!!!
mau tempek gak pict si kecik yg dh besar n super buas!!!




Monday, August 8, 2011

Bonus Raya 2011-Kakitangan Awan

huhuhu..confirm kakitangan awam dapat bonus raya...hemm..kakitangan bakal dpt RM500 dipertengahan bulan ni....tapi ada jugak bgtau dapat setengah bulan gaji...entah xtau mana betul yang pasti dapat.....huhuhuhu..mama sonok sgt tau..dpt la buat beli baju raya raisya n buat beli brg2 utk buat kueh 
raya nanti..hihihi.. 

baru je petang tadi buat entry sal bonus aka duit raya..xsangka mlm ni dh umum..yuhuuuu..suka...suka...
korang suka x? yang keje goverment mestila tersengeh gumbira kan..mama pn sama ar...huhuhu..

syukur alhamdulillah ada rezeki raya..

khabar duit raya geng2 GOV

oitttt...ada saper2 dengar bab duit raya or bonus tahun ni?hemm...adusss..cm sengkek sgt kn nk duit raya....huhuhu..yela..mesti la nk..duit free2 sape xnak..2 duit hasil penat lelah kita jugak yang beri keuntungan kt gov..so mmg patut la kita dapatkan...hemm...

so..tadi terjumpa satu entry kt satu blog..katanya kita bakal dapat RM1200 tahun ni utk semua gred...tp xtau sahih atau x...kena tanya pihak yang betul la nk kepastian...huhuhu...katanya jugak akan dpt 2x..that mean rm600 skali dpt...hemm..if betul la..sukanya..kita doa2 la yekkk moga berita ni betul....huhuhu..yela..geng felda awal2 ag diorg bgtau ada duit raya...so kita geng gov pn patut merasa jugak ar...huhuhu




Thursday, August 4, 2011

Follower 200 Entry 500

huhuhu...mlm ni tetiba terperasan tang entry di blog mama ni...isk..cantik nombor tau...skrg dh ada 500 entry n this entry adalah entry ke 501...cam xcaya lak dah byk mama taip kt blog ni..dah banyak mama kongsikan kt sini...huhuhu...


hemm..yang best jugak follower mama pn dah ccecah 200 tau..(cess...blog dah 2 thn tp follower baru 200 2 pn nk perasan)..hemmm..per2 pn mama bangga sbb ada jugak yang sudi jd follower blog mama yang xseberapa ni...tq buat teman2 yang sudi jd pembaca setia blog mama ni...xkira jugak yang jd silent reader....hope segala yang dikongsikan dapat dimanfaatkan semua...



Jalapeno Cheese Powder

mesti ada yang xtau per 2 jalapeno kn...hemm..mama dlu xtau gak benda hape...rupanya benda yang slalu sangat kita ngap time p KFC n salah satu menu favorite mama...hemm..ala cheese color kuning yang letak atas wedges KFC 2....hemm...Cheezy Wedges 2...

so sebab dah tau kesedapannya n my sis sikit2 request nk makan cheezy wedges KFC..huhuhu..mahu botak kepala mama...yela..1 set cheezy wedges saiz besar dh hampir rm4..ada pn 6-7 ketul je wedgesnya....so better beli wedges n buat sendiri...hemm...so 2 hari lepas mama mencari n mengorder la benda alah Jalapeno Cheese Powder 2....hemm..xmahal pn..berbaloi2 la ngn tekak kita nk makan...blh buat byk kali..huhuhu..

benda alah 2 pn dh sampai ke tangan mama arini...kejap je bila guna pos laju...so bila dh sampai ke tangan..ternampak lak kt geng2 opis..kalut nk jugak..so arini proses bertanya n mengorder lagi...huhuhu...mmg ramai yang minat..ari2 mama order xbgtau diorg ingt xde yang minat..so mama kongsi jelah ngn opismate mama 1/2kg sorg....

nak tau cmna rupanya..meh nk kongsi...

CHEEZY WEDGES
ni la benda alah yang mama order...skali tgk cm serbuk kunyit jer...tp 2 sebenarnya cheese jalapeno yg kita makan kt KFC 2...huhuhu

nk bancuh pn senang..just tmbah air panas je...kacau2 terus dpt cm yg KFC 2...hemm..simple...
hemm..nmpk gaya pasni asyik buat benda2 yang leh layan ngn cheese ni la...hehehehe

Tuesday, July 5, 2011

Rezeki tak terduga

alhamdulillah syukur padaMu Ya'Allah dengan limpah dan kurniaanMu...
sungguh mama xsangka dengan rezeki yang datang untuk bulan ni...seyes..happy la kn...tp agak diluar jangkaan jugak la...

hemm..cmni citernya...sebenarnya dh lama mama xniaga even CD or Detox..tp entah kenapa hujung bulan 6 ari2..ramai bebenor bertanya n nk beli cd..n kebetulan stok dalam simpanan mama ada la 10-12pcs cd yang telah mama simpan n xterjual...n mama pn dah lama xiklankan via Webmail USM ni...lebih kurang 3-4 bulan yang lepas..2 yang latest ar...hemm..mula2 ada sorg yang bertanya n berminat ngn harga yang mama tawarkan...(mmg super2 murah ar cz niat nk habiskan stok kn..dh xnk simpan stok lama2 ni...budget cm leleong ar jugak kiranya)...pastu esoknya ada lagi yang email bertanya sal CD ada xlagi...isk..dh terdetik dalam hati..nape ramai lak yang nk beli walhal lama dh xniaga...huhuh...tp happy xyah cakapla kan...pastu sehari pastu lak ada lagi yang call...uik...pelik bin ajaib ni...katanya nk semua cd yang ada dalam simpanan...sib baik ada 3..klu ada 10 nk ke beli semua 2...tp rasanya nk je kot sbb gayanya pesen nk borong semua cd...adussss..sonok..sonok..hehehe...so skrg stok cd dh abis dijual ngn jayanya walaupun untung xbanyak tp sonokla cz dh xde simpan stok berlambak2...clean n clear..hehehe...
moh tgk bilangan cd yang dijual..hehehe

pelanggan 1 - 6pcs
pelanggan 2 - 3 pcs
pelanggan 3 - 3 pcs


p/s: hemm...mcm xcaya je..2 la rezeki Allah nk kasi...hemm..tp semua duit 2 mama belanja n buat bayar itu ini...so ada la balance duit gaji utk makan smpai hjg bulan ni...klu x..sah2 pas gaji seminggu dh sesak nafas mama...uhuhuhu

Monday, May 30, 2011

INFO BISUL

Memandangkan mama tgh diserang penyakit ni..so mama review ckit info hasil mama cr kt MR Google...

jom sama2 tmbh pengetahuan..blh sama2 mengelak di lain masa...

Bisul

Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.








Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit 
sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.
Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-Faktor Risiko

Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan

Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.
Penyaringan Dan Diagnosis

Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Rawatan

Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan
  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip Penjagaan Sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.
Rawatan Alternatif
  • Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
  • Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
  • Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.