>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Thursday, November 3, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

wah...mama dh mula nk mengopy resepi org...huhuh..bukan ape..dh org share kita copy la..yang paling penting memang terasa teringin sangat nak makan n nak membuat...huhuhu..alhamdulillah setakat ni mmg berjaya n hasilnya...yum..yum..masyukk...huhuhu

hemm..cm biasa mama kidnap resipi dr blog k.ieta aka masammanis
nape mama suka blog k.ita...hemm..bagi mama k.ieta ni suka cuba mengolah resipi asal n hasilnya mmg marvelous pd pandangan kita n bila mama cuba resipi yang dioleh mmg betul umpp...xsia2 mencuba...huhuhu,,,

moh tgk hasil bingka roti mama...tp xsecantik cm k.ieta buat la..tapi yang penting rasa dh ada...huhuhu


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - guna santan kara jer...
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul -mama xbuh pn xde daun pandan...

Sediakan loyang 8 inc dan gris loyang dengan sedikit butter
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Balut tutup loyang dengan aluminium foil
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.

mama ikut cara k.ita tang roti 2...
Roti tu canai nipis dulu, kemudian gulung.
pastu masukkan dalam bekas yang berisi adunan tadi biar terendan 10 minit, pastu angkat perlahan2 masuk dlm bekas..