>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PengikutKu...

Wednesday, February 23, 2011

APAM LABU

YES..YES...AKHIRNYA DAPAT GAK MAMA BUAT KUEH BERUNSUR LABU...SO SEMALAM MAMA TGK KT BLOG HANA (JEPUN) DIA ADA BUAT APAM LABU...MAMA PN APA LG..CILOK LA RESIPI N TRY BUAT SEMALAM...HEMMM...JADI LA JUGAK..CUMA VERSI YG KAK HANA BUAT DIA CM APAM SEKSI....TP MAMA PUNYA XSEKSI MEKAR..JUST NAIK JER..HUHUHU...OKLA.RASA PN MENGANCAM DH..HEHEHE...BLH LA UTK MKN2 KN...MEH KITA TGK RESIPI YG MAMA AMBIK DR BLOG KAK HANA..
huhuhu..xmekar pn tp nmpk la rupa apam...ni kes xcukup bahan je..hehehe
APAM LABU

Bahan-bahan
Bahan A

3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B

240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat (MAMA GUNA SUSU CAIR-SANTAN XDE)

Bahan C: (ayak bersama)

200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder (MAMA GUNA BAKING POWDER BIASA JE)

Cara-cara

1.Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. 2.Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
3.Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. 4.Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
5.Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
6.Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. 7.Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
8.Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
9.Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.(XMKN NGN KELAPA PN..XDE KELAPA..HUHUHU)

lagi pict apam labu mama..color sgt2 la cntik..n member opis ckp sedap....