>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PengikutKu...

Wednesday, December 22, 2010

CreamPuff & Puding Karamel@gula hangus

hujung minggu lepas mama ada buat mjlis utk FIL kn...hemm..rasanya entry sebelum ni...hemmm..sambil2 buat kek utk FIL...mama tetiba lak rajin n teringin nk buat creampuff sndiri..so per lagi...google la kn..hemmm...jumpa resipi n bahan2 yg diperlukan pn cukup....ok..jom tgk resipi yg mama copy paste hasil carian kt google...

CREAMPUFF

Bahan-bahan ( 10 biji )

·         100ml air
·         45g butter-suhu bilik, potong 1cm
·         60g tepung gandum- diayak
·         2 biji telur(100g)

 

Cara-cara

1.        Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
1.        
 Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
2.        
 Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
3.        
 Masukkan telur, kacau cepat-cepat
4.       
 Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
5.        
 Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
6.       
 Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
7.        
 Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
8.       
 Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
9.       Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
10.     
 Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
11.      *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

CREAM

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

1.        Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2.        Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3.        Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
4.       Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
5.        ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

jom layan hasil usaha gigih mama...tp creamnya xjd la...nnt mama nk try buat balik..huhuhu



semalam lak tetiba mr papa request nk makan puding karamel ni..hemm..mmg agak lama mama xbuat pn...so mama buat la n bawak la p keje hari...yumm..yumm..sodap...jom tgh resipi...

PUDING KARAMEL
bahan-bahan
5 sudu gula- utk buat gula hangus
1 tin susu cair
5 biji telur - mama guna gred B @ C jer
4 sudu besar gula
sedikit perisa esen vanilla

cara-cara:
hanguskan gula dalam kuali hingga nampak keperangan, pastu masukkan dalam loyang pengukus.
campurkan kesemua bahan yang lain dalam satu bekas...kacau rata n sehingga sebati
kemudian masukkan semua bahan yang dikacau rata tadi kedalam loyang gula hangus...pastu tutup loyang ngn aluminium foil bagi memastikan air kukusan xmenitik masuk dalam puding yang dikukus...
pastikan pengukus sudah sedia utk mengukus yek kawan2...kukus puding selama lebih kurang 45minit...
dah masak n agak sejuk..boleh la telengkupkan dalam pinggan yg sesuai....
tararrrr..hasil nya...yg ni mama dh siap ptong utk bekal time keje....yg penuh lupa nk snap..hihihi...

okla..slmt mencuba yekkk...



No comments:

Post a Comment