>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Wednesday, April 6, 2011

Apam Beras

lagi entry masak memasak dr mama...sungguh rajin mama ni kan...bini sape xtau la...kif..kif perasan rajin..hahaha...xde maknanya la klu takat rajin masak je...kena rajin semua la kn...huhuhu...per2 pn meh layan hasil operasi mama mlm2 buta semlm...
cantik n mengiurkan x?huhuhu

 



 ni mama kongsi resipi yg mama ciluk dr blog k.yati johor...


Apam Beras
Bahan-Bahan

1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:
  1. Masukkan nasi, air dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah dan original.
  5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.
resipi ni mama dh oter...sepatutnya resipinya 2X dr yg asal...hehhe...ni apa yg mama buat semalam la...
rasanya sngat2 la masyuk..puas hati je bila buat kueh menjadi....n tgk org mkn sedap je..esp en.hubby n anak..