>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PengikutKu...

Tuesday, April 5, 2011

Apam comel versi MamaRaisya

entry basi dr mama!!
kenapa basi...yela citer minggu lepas lg ni...tp baru nk buat entry minggu ni...mmg dh sah2 basi tp mama nk kongsikan jugak entry ni...huhu...entry makan2 la..wajib dikongsi... meh tgk rupa apam nya...yg pasti mmg sedap walaupun bahan2 main campak2 je...sbnrnya resipi mama renovate dr resipi apam labu...hehehehe...okx?jadi jugak..rasa pn masyuk jer..hahaha



 
Resipi APAM COMEL VERSI MAMA RAISYA

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 230 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder - mama guna baking powder biasa je...2 yg xmerekah cm apam labu.
 lain-lain- pewarna

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan putar. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang diputar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. masukkan pewarna yang diingini..mama guna color merah n sebahagian warna putih
    (xyah buh color la)
  6. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam- tutup adunan sehingga 2 kali ganda naik
  7. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak- mama guna acuan apam yg kecik je
  8. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.- mama xde kelapa...tp stay abis gak...

SELAMAT MENCUBA TEMAN2...