>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Sunday, January 9, 2011

Apam Dot Dot @ Polka dot

hemm...cm sebelum ni mama ada bgtau nk buat kueh n wishlist kueh2, kek n cc yg mama nk buat kan...so hari rabu lepas mama dh buat satu kueh...seyes..menjadi n bg mama mmg sgt best la ngn percubaan pertama..hehehe...jom review pict kueh mama buat 2...

kueh per mama buah...tararr...apam polka dot... lawa x?





resipi C&P dr blog hana jepun
 
APAM DOT DOT (POLKA DOT)
Sumber: Hana
Dirujuk oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:

·   3 biji telur - dari peti sejuk
·   275 gm tepung gandum
·   220 gm gula halus - hana kurangkan (*utk 2 adunan akak letak 400 gm je)
·   150gm susu segar
·   3 sudu teh baking powder (*utk 2 adunan, akak letak 5 sdu teh je)
·   1 sudu kecil ovallete
·   Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
·   Pewarna (*akak guna biru, oren dan merah)
Cara-cara
1.     Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.     Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.     Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.     Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.     Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.     Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan adunan dari warna kontra atas permukaan.
7.     Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (*akak balut penutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus)
NOTE dr Hana:

·                     Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

1 comment: