ATAU
Antara jahat dengan baik, anda pilih yang mana? Orang berakal spontan dia jawab, pilih baiklah. Buat apa pilih jahat? Itu kata akal, tapi sampai bab perbuatan, dia jadi lain. Niat baik, tapi perbuatan jadi jahat. Pilihan untuk menjadi sama ada baik atau jahat adalah pilih sendiri. Sebab tu kita layak dimasukkan ke neraka kalau kita jahat. Nak baik atau nak jahat memang pilihan
kita. Kita tak boleh menyoal ALLAH kalau kita dimasukkan ke dalam neraka akibat kejahatan kita. Sebab kita ada kudrat untuk berbuat baik atau berbuat jahat.
Manusia yang paling rugi ialah manusia yang merasakan hidupnya tak ada erti, hidupnya tak ada makna. Apa pasal nak rasa macam tu? Daripada rasa macam tu lebih baik rasa yang lain macam. Rasa lain macam tentu semacam. Jadilah orang baik supaya hidup berkat tapi nak jadi baik, ya ALLAH banyak sungguh cabaran dan halangannya. Tapi jangan sangka menjadi jahat tu mudah; nak jadi baik dengan nak jadi jahat tu sama susahnya, kadang-kadang menjadi jahat tu lebih susah.
Kalau kita tengok kisah dalam filem, kisah hidup orang jahat, astagfirullahalazim….. tak pernah tenang, suka sekejap, lepas tu diburu susah, diburu resah, diburu bahaya. Aik, apa pasal nak buat kerja yang susah macam tu? Buat kerja elok-elok, kan bagus. Kerja macam orang lain. Hujung bulan dapat gaji, belanjakannya pulak, beranak-pinak kemudian menjaga anak isteri dengan sempurna. Kan cantik?
Apa pasal nak cari yang susah? Sebab setiap perbuatan jahat yang kita buat, kita pasti susah hati. Hati kita berasa susah punya. Lebih baik berasa susah hati untuk berbuat baik daripada berasa susah hati untuk melakukan perbuatan yang tak baik. Lebih baik bersusah-susah buat baik daripada bersusah-susah buat benda tak baik. La…… benda tak baik mendatangkan dosa dan benda baik mendatangkan pahala. Apa pasal pilih dosa pulak?
Okeylah, kata dosa dan pahala tu abstrak, tak nampak, susah nak nampak. Memang tak nampak pun, nak buat benda-benda yang mendatangkan dosa, kan payah? Bekerja tu kalau kita nak katakan sussah, okeyla susah, tapi hasilnya da. Kita dapat dengan senang hati, kita belanja pun dengan senang hati, berbanding kita dapat susah dan kita nak belanja pun susah.

No comments:
Post a Comment