>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Sunday, July 24, 2011

Puding Roti Marble

entry masak2 lagi...mood rajin muncul kembali sejak akhir2 ni...huhuhu..sebenarnya dh lama buat ni...huhuhu...buat sempena berbuka puasa,...huhuhu

moh tgk hasilnya...

huhu..comot ckit...1st trial kn..tp rasa masyuk ar walaupun sedikit hangit..kes xkacau rata...
tp rasa hngit 2 bikin rasa cm mama buh perisa nescafe jer...hehe..


moh tgk resipi lak...

Puding roti marble

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.

2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!

5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



huhuhu...resipi cm biasa...C&P jer..yg penting hasil bukan C&P yekk
sonok jugak bermarble ekk...1st time buat marble sib baik menjadik..huhuhu

p/s: sedap tp bila lama2 makan cm muak la plak..keh..keh...so separuh dihabiskan oleh geng2 opis mama...