>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PengikutKu...

Tuesday, August 23, 2011

Suji Pelangi Kristal

hemm..ni tahun ke-2 mama buat biskut ni...sedap n seronok sebenarnya membuatnya..walaupun cerewet tp sebab boleh main color2 rasa cerewet 2 cm dikurangkan jer..huhuhu...sonok sebab hasilnya memuaskan n berbaloi2 la...

kita tgk hasil biskut suji pelangi kristal mama thn ni ekk...


cantikkan..mmg tergoda ngn color2nya...huhuhu(merah, biru, hijau,putih)
moh kita tgk beza yg versi thn lepas ckit....

ada la beza...thn lepas ada kuning (merah, biru, hijau, kuning, putih) thn ni xde kuning..keh..keh...plak 2 byk je color thn lepas...terlebih xcited kn...keh..keh...

jom tgk resipi lak...

c&p dr my resipi je...thn ni pn resipi sama gak...huhuhu

Suji PELANGI KRISTAL

Bahan-bahan ( 40-50 keping )

  • 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
  • 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
  • 1/8 sk garam halus
  • 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
  • 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata ) -thn ni xbuh pn sbb badam xde..habis buat biskut badam..keh..keh...so lebihkan gandum la 20g...huhuhu
  • pewarna merah,kuning,hijau
  • Secukup gula halus - untuk tabur
  • secukup paper cup

Cara-cara

  1. Suji_pelangi_d_kacau
    Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
  2. Suji_pelangi_d_uli
    Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
  3. Suji_pelangi_d_bagi_4
    Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
  4. Suji_pelangi_d_canai
    Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
  5. Suji_pelangi_d_loyang
    Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
  6. Suji_pelangi_n_gula
    Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.