>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Wednesday, March 9, 2011

Ayam Goreng Kicap Bijan versi MamaRaisya


BUAT LAUK YG XGUNA LADA @ PEDAS...

Ayam Goreng Kicap Bijan versi MamaRaisya
Bahan a :
Ayam 1/2 ekor - buang kulit n potong kecik (bkn cm nk buat nasi goreng yekk..potong versi ayam goreng kedai)
garam + kunyit (utk perap ayam) 
Minyak utk goreng ayam

bahan b:
sedikit minyak untuk menumis
7 ulas bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 inc halia ** (blander / tumbuk bahan **)
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
3 sudu kicap manis kipas udang
sedikit garam (ikut suka korang nk masin atau xnak)
sedikit gula ikut tahap kemanisan lidah korang
1 sudu bijan (disalai kasi garing)
sedikit air utk cairkan kuah kicap takut terlampau pekat

cara-cara:
1. ayam yang siap dibasuh hendaklah diperap dengan kunyit n garam seketika
2. panaskan minyak n goreng ayam hingga kekuningan / masak (xnak terlalu garing nanti kuah kicap xmasuk dalam isi ayam)
3.tumiskan bahan yang diblander/tumbuk tadi hingga naik bau, masukkan kesemua sos tadi (sos tiram, sos cili, sos tomato n kicap manis )
4. kacau sehingga mendidih, masukkan bahan perasa seperti garam n gula. sekiranya nampak pekat masukkan sedikit air.
5. masukkan ayam yang digoreng tadi..kacau sebentar diatas api sehingga semua sos kicap tadi menyaluti ayam..
6. taburkan bijan yang telah disalai, kemudian angkat untuk dihidangkan...