>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PengikutKu...

Friday, March 4, 2011

Resipi Red Velvet versi mama

sebenarnya dh lama duk try wt red velvet ni..kali ni guna versi lain la...biasala mama..suka bebenor cmpur2 resipi asal nama benda sama..hahaha..kali ni buat utk jamuan lak opis lak..hehehe


resipi RED VELVET


Bahan A

300gm tepung kek
 atau
300 gm tepung serbaguna dicampur bersama 2 sudu besar tepung jagung dan soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 sudu @ 20gm besar tepung koko

Bahan B

120gm butter
300gm gula castor ( utk separuh adunan mama guna 100g je)
2 biji telur gred A
1 sudu kecil vanilla (mama xbuh...xde stok...)

Bahan C

Cara menyediakan buttermilk

240ml susu cair atau susu segar atau susu tepung
1 sudu besar cuka
2 sudu besar @ 38ml pewarna merah

Kacau kesemua bahan ini sehingga rata. sediakan 15 minit sebelum membuat bancuhan tepung.

Bahan D

1 sudu besar cuka
1 sudu besar baking soda

Cara membuatnya :-
1. Pukul butter selama 2 minit kemudian masukkan gula castor dan pukul lagi selama 3 minit. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan akhir sekali masukkan vanilla. Putar dengan kadar perlahan. Mulakan dengan memasukkan tepung dan diselangseli dengan buttermilk, diakhiri dengan memasukkan tepung juga.
2. Campur kedua bahan ini dan apabila kedua bahan ini disatukan ianya akan berbuih dan apabila buih habis segara curah ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
3. Bubuh adunan ke dalam cup cake dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 12-15 minit bergantung pd oven masing.(mama cuma bakar 13 minit je)..jgn smpai kering cz kek ni jenis moist...bdgt cucuk ngn lidi xlekat dh blh angkat yekkk...
4. Apabila kek telah sejuk bubuh di atas radai dan letakkan topping cream cheese
.masuk dlm peti sejuk sekejap n sedia utk dihidang

topping cream cheese (mama cuma buat separuh sukatan so cream cheese ciput jelah..huhuhu)
1 buku cream cheese-dilembutkan
30 gm butter
1 sudu kecil vanilla
1 cawan icing sugar (diayak)
pukul butter n cream cheese sehingga gebu n kembang...pelahankan mixer kemudian masukkan icing sugar dan diakhiri vanilla..
dh boleh hias atas kek