>

**Kami**

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

**Perihal Raisya**

Lilypie Kids Birthday tickers

PengikutKu...

Thursday, March 17, 2011

Rumah Itu Syurga Isteri


“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan 
kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan 
suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya
dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau 
keluhan…”


KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa 
hisab dan mengikut pintu yang disukai.Hadis 
Nabi s.a.w yang bermaksud…
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah 
melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,
menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya,
maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga 
mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, 
meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, 
menggunting misainya, mengerat kukunya, maka 
diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada 
air syurga dan ia diringankan seksaan ketika 
sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam 
kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman
syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas
daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian 
Sirat tanpa menempuh kesusahan.”
Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani 
mengikut hadis Rasullah
s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat 
isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para 
sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: 
Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan 
melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh 
suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga 
suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”


Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung…
“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan 
pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran 
ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin,
melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”


Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya…
Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir
dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w 
setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan 
dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya 
yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah 
akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba 
dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas. 

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…
“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya 
maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit 
baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. 
Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala 
kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad 
fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah 
segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana
ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru 
lahir).”


Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…
“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang
dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan 
memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya.
Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama 
dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.” 
“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian
mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala 
besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan
 pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak 
itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri
di mata orang yang melihatnya."

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH
RASULULLAH SAW…


1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap 
berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).


2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta 
menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang 
serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.


3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas,
dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.


4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga
diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak
bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.


“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu 
sebagai seorang isteri dan juga ibu.”