huhuhu...sedapnya....makan2...hehehe...
sempena ada budak opis yg berenti n sempena sambutan maulud..hemm..walaupun agak lmbt sambutan..tp kehangatan masih dirasai...so esok myb akan view sal mkn2 la..hehehe...
sebelum 2 kita hayati artikel ni...
sempena ada budak opis yg berenti n sempena sambutan maulud..hemm..walaupun agak lmbt sambutan..tp kehangatan masih dirasai...so esok myb akan view sal mkn2 la..hehehe...
sebelum 2 kita hayati artikel ni...
Maulidur Rasul Mesyukuri antara 4 Nikmat Allah yang terbesar kepada kita Bersyukurlah kita terhadap nikmat yang telah Allah berikan kepada kita sebagai
manusia (Khalifah Allah) di atas muka bumi ini sebagaimana Firman Allah S.W.T. :
“ Jika kamu menghitung akan nikmat Allah, nescaya tidak terhitung” 1. Allah Telah Menciptakan Kita Kerana kewujudkan kita di atas muka bumi ini adalah tanpa permintaan atau
kehendak kita sendiri ianya adalah dengan kehendak dan izin Allah S.W.T. ,
Tidak salah ibu mengandung - Allah telah menjadikan kita dengan percuma tanpa
bayaran kerana kalau diminta bayaran agaknya berapakah nilaian yang setimpal
dan mampu untuk membayarnya-1 juta 2 juta sebagai imbalan segalanya yang menjadi
milik kita- mata, telinga, hidung dan sekalian pancaindera lainnya dengan tubuh badan
yang sempurna cantik dan mulus. 2. Allah telah menciptakan kita sebagai manusia Allah menjadikan kita sebaik-sebaik makhluknya di atas muka bumi
Allah ini – kejadian manusia adalah lebih mulia daripada Malaikat Allah
-Allah tidak menjadikan kita sebagai haiwan ternakan, rumput rampai,
jika ditakdirkan kita menjadi lembu nescaya tunggu masa saja masa
untuk disembelih di Hari Raya Aidil Adha dan jika menjadi rumput tinggal
masa akan diracuni orang atau dipijak . 3. Allah memberi kita Nyawa Dengan nyawa yang menjadi milik kita dapat kita membawa jasad ini
berjalan-jalan menikmati keindahan harian, diwaktu pagi ke USM
dan pada waktu petang balik ke rumah menikmati saat indah bersama
keluarga tercinta serta hari minggu boleh nembahkan ilmu dengan
mengikuti pengajian agama dan beribadat. Nyawa yang Allah berikan
kepada kita berjalan lancar melalui tenggorokan ke hidung tanpa
tersekat-sekat dan termengah-mengah ini menandakan kita sihat jika
sakit mendatangi kita dikala termengah-mengah apa gunanya wang
berjuta dan ada isteri lawa di bawa lari tak larat untuk kita mengejarnya
dek kerana termengah-mengah itu. 4. Allah melahirkan kita dalam Islam Nikmat Allah yang paling besar ialah nikmat Islam dan Iman- belum
tentu kita dapat hidayah dari Allah s.w.t. andaikata kita dilahirkan dalam
kalangan bukan bergama Islam, perjuangan , pengorbanan dan usaha yang
gigih adalah penentu keislaman –dimana hari ini keturunan ibu dan ayah kita
sudah sedia islam, kita mewarisinya secara semulajadi.